Tuesday 23 October 2012

Latar Belakang

Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Sulaiman atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Inggeris Batu Pahat, ditubuhkan kira-kira 29 tahun yang lalu. Nama Munshi Sulaiman telah dilaksanakan perasmiannya oleh Allahyarhamah Ibu Zain, puteri Allahyarham Munshi Sulaiman pada tanggal 21hb Mac 1982. Sekolah yang terletak di Jalan Kluang, kira-kira 6 kilometer di pinggir bandar Penggaram, Batu Pahat, kini telah mengalami evolusi dari segi fizikal mahupun fungsinya selaris perkembangan pendidikan negara. Nama Munshi menjadi pilihan mengambil sempena nama besar seorang tokoh bahasa dan pendidikan serta pejuang nasionalis awal kurun ini.



FALSAFAH SEKOLAH

Setiap orang pelajar yang menuntut di sekolah ini memiliki keupayaan dan kebolehan semulajadi serta berpotensi untuk berkembang maju sama ada dari segi intelek, sahsiah dan bakat semulajadi . Oleh itu , setiap murid di sekolah ini akan sentiasa diberi peluang yang seluas-luasnya untuk mengembangkan potensi mereka dengan segala kemudahan pendidikan yang ada di sekolah ini.

VISI

"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"

MISI

"Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti"

SLOGAN

"Bersama Ke Arah Kejayaan"

MOTO

"Setia Jaya"